This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, November 24, 2012

7 Panduan membuat laman web yang bagus

Sekarang sudah begitu ramai yang mampu untuk membina laman web sama ada persendirian, perniagaan, portal mahupun komuniti. Tetapi masih ramai juga yang mencari-cari panduan dalam menghasilkan satu laman web yang memenuhi ciri-ciri laman web terbaik.

1.Muat turun laman yang pantas

Sesuatu laman yang dimuat turun lebih pantas lebih mendapat perhatian para pengunjung,seperti Google. Setiap laman seharusnya boleh dimuat turun lebih pantas, carian yang padat, paparan informasi yang segera dan elakkan penggunaan apa-apa gadget yang menyebabkan laman anda lambat untuk dibuka.

  • Jadi, pastikan setiap elemen dalam laman web anda seperti "flash", gambar dan "object" dioptimumkan sebaik mungkin dari segi extension, saiz fail, tahap kualiti dan resolusi.
  • Pastikan laman anda tidak mempunyai sebarang ralat dalam bahasa pengaturcaraan, menyebabkan laman lambat untuk dibuka.
  • Sebolehnya, gunakan teks berbanding gambar, tetapi pastikan ia padat dan senang difahami.


2.Laman pengenalan yang membazir

Sesetengah pengguna yang begitu hendak menunjukkan kemahiran dalam multimedia menyediakan laman pendahuluan atau dikatakan "Intro Page".
Laman intro ini boleh tidak memberi makna kerana pengunjung terpaksa menunggu sekian lama sekadar untuk menikmati animasi itu sahaja.

Jangan sesekali muatkan logo syarikat, pertubuhan atau kelab pada laman pendahuluan dan tertera perkataan "Enter Site" atau "Klik Untuk Masuk" kerana cara ini sememangnya langsung tidak professional dan keanak-anakan.

Tambahan lagi, ini membuang masa pengunjung, mereka mahukan laman anda, bukan logo laman anda.


3.Buang sesuatu yang mengganggu

Perkara pertama yang menjadi misi pembangun laman web adalah tidak mahu pengunjung lari dari laman anda.

  • Pastikan anda tidak meletakkan sebarang GIMIK pada laman utama seperti "popup window", iklan sebesar-besar alam dan muzik latar yang kuat yang memaksa pengunjung memperlahankan pembesar suara.
  • Elakkan juga sebarang animasi atau paparan yang berterbangan, berkelip-kelip atau melompat-lompat sehingga mengganggu isi kandungan laman anda.
  • Multimedia dan animasi ini semestinya menjadikan laman anda menarik tetapi cuba jangan penuhkannya di laman utama.
  • Anda boleh gunakan kaedah lain seperti meletakkan pautan untuk pengunjung mendengar lagu-lagu latar atau sediakan pautan gambar-gambar kecil di satu sudut sebelum saiz sebenar dipaparkan.
  • Cara ini memberikan pilihan kepada pengunjung, jika berminat mereka akan klik, jika tidak mereka akan abaikan.
  • Sentiasa pantau iklan-iklan yang diletakkan pada laman anda. Cuba seminimum mungkin sediakan ruangan untuk iklan tersebut agar kandungan utama laman tidak diganggu oleh iklan-iklan ini.

Cuba anda bayangkan, satu laman yang penuh dengan ratusan iklan, sedangkan kandungan laman diabaikan, anda sudah alihkan pandangan pengunjung secara tidak langsung.

Secanggih mana pun langkaran laman itu, jika dikotori dengan iklan-iklan ini, amatlah tidak bermakna.


4.Kandungan tepat dan padat

  • Setiap artikel yang dikarang perlulah padat dan tepat isinya dengan menggunakan tajuk artikel yang jelas. Kurangkan artikel dengan teks-teks yang panjang.
  • Cuba optimumkan penulisan blog dengan menggunakan "list" dan pemerengganan sekiranya pelbagai perkara dibincangkan dalam tajuk tersebut.
  • Jika artikel terlalu panjang, cuba asingkan dengan melakukan sub-topik supaya pembaca boleh memilih kandungan tertentu sahaja untuk dibaca.
  • Gambar boleh memberikan seribu maksud dan penerangan, cuba maksimumkan penggunaanya dalam artikel.
  • Seandainya artikel tersebut sememangnya panjang dan tidak boleh diringkaskan, cuba letakkan pautan dan sedikit pendahuluan sebelum paparan penuh dipaparkan.

Jika pengunjung hendak membaca, dia boleh teruskan, jika tidak berminat, dia boleh abaikan.


Kordinasi reka bentuk berlainan

Teknik ini pada mulanya boleh dibanggakan, tetapi pengunjung mungkin akan terkejut kerana setiap kali laman bertukar, corak dan reka bentuk laman juga turut bertukar.
  • Kita mahukan pengunjung selesa dan menyesuaikan diri dengan reka bentuk laman kita. Posisi logo, penggunaan warna yang tetap dan proses pelayaran di laman yang sama memberikan kordinasi yang sesuai kepada pengunjung.
  • Tetapi ini tidak bermakna anda langsung tidak boleh menghiaskan laman berlainan dengan corak tersendiri tetapi jangan terlalu drastik sehingga seperti berada di laman web orang lain.
  • Kedudukan dan bentuk logo, menu utama dan paparan kandungan yang tetap dan sama dari satu laman ke satu laman tidak menyebabkan pengunjung hilang arah walaupun anda menukar sedikit penggunaan warna atau gambar.
  • Atau, biarkan pengunjung memilih untuk menggunakan tema laman bagaimana, tetapi cara ini menambahkan beban untuk menyediakan pilihan tema.
  • Mudah untuk dilayari


Setelah anda berjaya untuk menarik minat pengunjung ke laman, seharusnya kita pastikan bahawa pengguna senang untuk bergerak dari satu laman ke satu laman dan kembali ke laman yang dikehendaki.
Anda pastinya biasa melihat dan mendengar "breadcrumbs" dan antara lain tujuannya membolehkan pengunjung mengetahui lokasi mereka semasa melayari laman.
Selain itu, kedudukan menu utama juga amatlah penting. Kedudukan menu pilihan yang biasa digunakan adalah disebelah atas kiri atau atas sahaja.
Tujuan lain adalah supaya sekiranya paparan resolusi pengunjung adalah lebih kecil berbanding dengan resolusi anda, menu tersebut masih lagi kelihatan dan hanya kandungan laman sahaja yang tersembunyi.

Cuba letakkan juga pautan-pautan yang penting dibahagian bawah sekali laman kerana sifat manusia akan membaca dan melihat laman anda dari atas sampai ke bawah.
Pautan penting di bahagian bawah membolehkan pengunjung terus mencapai maklumat penting tanpa perlu untuk skrol kembali ke atas.
Elakkan dari penggunaan Menu-menu Misteri seperti "drop-down" atau "show-hide" kecuali anda memang mengetahui pengguna sukakannya.

Kerana, kalu saya sebagai pengunjung, saya tidak mahu membuang masa mencuba satu per satu menu untuk pastikan tiada lagi menu yang tersembunyi. Saya mahukan maklumat penting terus nampak di hadapan saya.
Pastikan laman anda siap


Akhir sekali, jangan SESEKALI lakukan seperti ini: "Under Construction", "Dalam proses pembangunan, sila datang semula"! Ini akan merendahkan intergriti laman anda.

Sekiranya kandungan tersebut belum lagi siap, jangan paparkan.


Tetapi jika anda mahukan laman anda seperti seolah-olah sentiasa dikemaskini, cuba gunakan sedikit harapan kepada pengunjung supaya sentiasa kembali ke laman anda seperti "Akan datang, Tutorial Dreamweaver".

Atau cuba paparkan sedikit artikel anda, biasanya ambik bahagian pendahuluannya dan letakkan dibahagian bawah, "Akan bersambung dalam minggu ini".

Akhir kata, ini merupakan 7 panduan penting yang boleh digunakan pada mana-mana laman, sesiapa sahaja dan tidak juga kurang kepada laman web yang sudah lama bertapak. Di harapkan panduan ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

Saturday, November 10, 2012

Cara-cara untuk mengatasi "SPAM"

Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki. Bentuk spam yang paling terkenal ialah spam e-mel.

Beberapa jenis spam adalah: Spam e-mel Spam chat Spam forum Spam SMS.  Sesetengah orang pula menyatakan yang "spam" adalah singkatan untuk Stupid Pointless Annoying Message, dari segi bahasa melayu adalah 'Pesanan yang Bodoh, Tidak munasabah, dan Menjengkelkan'. Walau bagaimanapun, kepanjangan ini adalah bukan sesuatu yang piawai kerana terdapat banyak lagi kepanjangan yang digunakan oleh para pengguna internet untuk merujuk kepada spam.


Kehadiran "SPAM" di laman web anda bukan sahaja merendahkan kredibiliti laman anda sebaliknya menunjukkan bahawa anda sebagai seorang pengurus laman web tidak peka dan kurang mengambil berat mengenainya.


Cara-cara untuk menghalang "SPAMMERS"




1. Wujudkan pendaftaran pengguna

Kebanyakan laman web pada masa sekarang dilengkapkan dengan proses pendaftaran pengguna sebelum paparan maklumat dibenarkan untuk dilihat. Dengan mewujudkan proses pendaftaran, kita dapat mengawal sepenuhnya kandungan untuk setiap maklumat yang bakal dihantar.



2. Aplikasi CAPTCHA

Ini adalah antara yang paling popular dan paling berkesan. CAPTCHA merupakan elemen tambahan yang memaparkan huruf-huruf pengesahan yang perlu diisi dengan tepat sebelum setiap kandungan yang dihantar akan diproses. Keberkesanan CAPTCHA sehingga kini memang tidak dapat dinafikan. Antara yang paling kerap digunakan adalah penghasilan huruf-huruf pengesahan dalam bentuk gambar. Oleh kerana hanya manusia sahaja yang dapat membaca huruf-huruf dalam bentuk gambar dan tidak "spambot", teknik ini begitu berjaya mengendalikan dengan baik.


Yang paling saya cadangkan, adalah tukarkan CAPTCHA yang berbentuk gambar kepada cabaran persoalan matematik. Persoalan matematik biasanya sukar untuk diatasi oleh "spambot" kerana setiap persoalannya akan sentiasa ditukar dan proses penghitungan dengan tepat hanya boleh dilakukan oleh manusia dan tidak "spambot".


3. Halang penghantaran pautan
Dua langkah di atas memang menjadi dan khas untuk pengguna berdaftar. Untuk pelawat biasa yang mana laman web yang mewujudkan kebolehan untuk menghantar komen secara bebas tanpa perlu mendaftar boleh menggunakan teknik ini untuk menjaga kandungan laman web. Kebiasannya "spambot" akan cuba untuk menghantar komen dengan memasukkan pautan-pautan ke laman web tertentu.

Oleh itu, dengan mewujudkan satu tapisan sebelum kandungan tersebut dipaparkan, iaitu dengan menghalang sebarang penghantaran pautan dalam komen atau kandungan menyebabkan aktiviti "spambot" ini akan terhalang.


4. Penukaran penulisan emel

Sesetengah laman web memaparkan alamat email pengguna secara terbuka. Sebenarnya teknik ini tidak disarankan kerana perisian tertentu mampu untuk mendapatkan alamat email setelah diprogramkan dan akan menghantar email-email pengiklanan terhadap email tersebut. Ini akan menyusahkan pihak pengguna.

Oleh itu, wujudkan satu penukaran atau penulisan semula bentuk email daripada yang asal. Antara contohnya dengan penukaran "." kepada penulisan seperti "[dot]" yang mana sebagai contoh "namaanda@yahoo.com" akan menjadi "namaanda@yahoo[dot]com". Penulisan semula ini tidak mampu untuk dibaca oleh perisian dan beranggapan ia adalah teks biasa dan bukan alamat email.

Sumber

Tajuk akan datang: 7 Panduan membuat laman web yang bagus
Category: Web/Blog
Intro: Sekarang sudah begitu ramai yang mampu untuk membina laman web sama ada persendirian, perniagaan, portal mahupun komuniti. Tetapi masih ramai juga yang mencari-cari panduan dalam menghasilkan satu laman web yang memenuhi ciri-ciri laman web terbaik.

Untuk panduan seterusnya,nantikan di fazmystutorial


Friday, October 26, 2012

Penjelasan format JPEG, TIFF, PSD, PDD, BMP, PICT, PNG, dan GIF


Soalan :
Saya perlu belajar yang format yang terbaik untuk menyimpan foto saya: JPEG, TIFF, PSD, PDD, BMP, PICT, PNG. Saya benar-benar tidak memahami yang format yang terbaik untuk apa. Adakah terdapat senarai yang akan memberitahu apabila menggunakan yang mana satu, dan terangkan kenapa? Juga, apabila saya menyimpan [JPEG], keluar kotak  "jika saya mahu menyimpan dalam Baseline, Baseline Dioptimalisasi, atau Progresif. Saya tidak mempunyai  idea yang mana adalah yang terbaik!

Fazmys :

Berikut adalah beberapa garis panduan umum:


  • Jika imej untuk web atau dalam talian, menggunakan JPEG, PNG, atau GIF.
  • Jika imej untuk mencetak, menggunakan TIFF.
  • Jika anda ingin menyimpan versi yang kekal disunting, pilih format fail asli perisian anda. (PSD untuk Photoshop, PSP Paint Shop Pro, CPT untuk Corel Photo-Cat, dan lain-lain)
Berikut adalah penerangan ringkas grafik format fail yang biasa, dengan pautan untuk mengikuti untuk maklumat lanjut:


JPEG 
JPEG adalah yang terbaik untuk gambar apabila anda perlu menyimpan saiz fail kecil dan tidak besar memberi beberapa kualiti untuk pengurangan yang ketara dalam saiz. JPEG tidak sesuai untuk imej dengan teks, blok warna besar , atau bentuk ringkas, kerana ia akan kabur dan warna boleh beralih. Hanya JPEG menawarkan pilihan Baseline, Baseline Dioptimalisasi, atau Progresif.

Baseline (Standard) - Ini format JPEG diiktiraf oleh semua pelayar web.

Baseline Dioptimalisasi - Ini pilihan format JPEG yang menyediakan warna optimum dan mampatan lebih baik sedikit. Ia disokong oleh semua pelayar moden, tetapi tidak disokong dalam pelayar lama. Ia adalah pilihan terbaik.

Progresif - Mencipta fail JPEG yang memaparkan secara beransur-ansur menjadi makin jelas, bermula berblok, dan secara beransur-ansur menjadi lebih jelas. Ia tidak membuat imej "memuat turun" (loading/download)  lebih cepat, tetapi ia boleh memberi ilusi kelajuan jika imej berblok dimuatkan  pada sambungan internet perlahan. Dengan majoriti pengguna internet pada hari ini mempunyai sambungan kelajuan tinggi, Progresif JPEG jarang digunakan.
Lagi tentang JPEG


TIFF
TIFF baik untuk mana-mana imej jenis bitmap (berasaskan piksel).TIFF menghasilkan fail besar, tetapi tidak ada kerosakan dalam kualiti. TIFF juga mengekalkan lapisan, ketelusan alfa, dan lain-lain ciri-ciri khas apabila disimpan dari Photoshop. Jenis maklumat tambahan yang disimpan dengan fail TIFF berbeza dalam versi Photoshop yang berbeza, jadi cari bantuan pakar Photoshop untuk maklumat lanjut.


PSD, PDD
PSD dan PDD adalah format asli Photoshop. Gunakan PSD apabila anda perlu untuk memelihara preserve layers, transparency, adjustment layers, masks, clipping paths, layer styles, blending modes, vector text and shapes, dan lain-lain. Lanjutan PDD telah digunakan dalam Adobe PhotoDeluxe (kini dihentikan), tetapi ia adalah serupa dengan format PSD dan kedua-duanya boleh digunakan silih berganti



BMP
Penggunaan BMP untuk mana-mana jenis imej bitmap (berasaskan piksel) . BMPS adalah fail yang besar, tetapi tidak ada kerugian dalam kualiti. BMP tidak mempunyai manfaat seperti TIFF, kecuali anda boleh menggunakan ia untuk Windows wallpaper.



PICT
Pict adalah bitmap format lama, ianya untuk Mac sahaja, serupa dengan BMP untuk Windows. Pict tidak sering digunakan hari ini.


PNG
Gunakan PNG apabila anda memerlukan saiz fail yang lebih kecil dengan tiada kerosakan dalam kualiti. Fail PNG biasanya lebih kecil daripada TIFFs, (dalam pengalaman saya). PNG juga menyokong ketelusan alfa (soft edges) dan telah dibangunkan untuk menjadi mengganti Web grafik untuk GIF.

GIF 
Gunakan GIF untuk grafik web yang mudah dan mempunyai warna yang terhad. Fail GIF sentiasa dikurangkan kepada 256 warna yang unik atau kurang dan sangat kecil, mempercepat-loading grafik untuk Web. GIF adalah baik untuk  web buttons, carta atau gambar rajah, lukisan seperti kartun, banner, dan tajuk teks. GIF juga digunakan untuk animasi, web kecil yang padat. GIF jarang digunakan untuk gambar.


Tajuk akan datang: Cara-cara untuk mengatasi "SPAM"
Category: Web/Blog
Intro: Kehadiran "SPAM" di laman web anda bukan sahaja merendahkan kredibiliti laman anda sebaliknya menunjukkan bahawa anda sebagai seorang pengurus laman web tidak peka dan kurang mengambil berat mengenainya.

Monday, September 17, 2012

Beza Founder,Webmaster,Admin

salam...
sya nk mintk tnjuk ajar kt otai...mcm mana sy nk buat satu forum.. softwere apa yg perlu sy guna pakai..untuk membuat satu forum...harap otai sudi membntu sy....TQ

Ahakz,soalan yang biasa aku dapat kalau ada seseorang tu nak mintak tolong aku buat portal terutama forum komuniti.

Bila aku dah setuju buat, satu pujian melambung akan diberikan bila dah siap setup (jika dibuat dengan percuma). Dah lebih dari 8-10 forum yang aku setup sepanjang 2010-2012. Itu bila aku aktif, bila aku tidak aktif,aku dicampak merata..hahaha..Tapi, korang perlu ingat, ada perbezaan antara founder, webmaster, admin. Founder tidak semestinya boleh jadi admin, admin tidak semesting boleh jadi founder, begitu juga dengan webmaster.

Ok,aku ceritakan dulu macam mana aku boleh terjebak sampai aku boleh jadi webmaster tidak bertauliah.
Aku mula berkecimpung dengan dunia berforum ni dengan secara tidak sengaja pada tahun 2005. Aku pun tidak tahu apa itu forum, sebab masa tu yang popular adalah myspace,friendster,ekawan dan MiRC saja.

Aku aktif berforum semasa aku sedang search di google mencari satu video klip, terus ke satu forum ni. nak masuk kena register di situ. Aku mula berminat dengan forum tersebut kerana ianya lain dari yang lain. Maksud aku, aku tak pernah berforum, cuma Myspace dan friendster saja. bila satu cara berkomunikasi yang secara tersusun di sediakan, aku mula berminat.

Dari forum tu aku belajar, macam mana nak post gambar, macam mana nak edit post sendiri dan di mana aku nak post sesuatu entri. Aku bersama forum tersebut sampai sekarang, bersama user sama, walaupun forum itu sudah lama, dan user2 mereka juga sudah veteren, forum mereka juga sudah di zaman2 pudar.

setiap tahun, di forum itu akan ada anugerah untuk forum tersebut, contoh user harapan, user paling glemer dan banyak lagi. Aku pernah masuk dalam user baru terbaik dan user harapan serta beberapa lagi. Aku memenangi dua kategori tersebut dan sehingga satu  hari aku dilantik menjadi moderator.

WoW! jadi moderator, sapa nak lepas peluang untuk jadi antara orang yang berkuasa. Sehingga forum tu berpecah kepada dua kumpulan akibat masalah dalaman. Aku adalah orang tengah tidak memilih mana2 geng, telah daftar kedua-dua forum tersebut. dalam forum geng pertama, aku menjadi moderator, dalam forum kedua,aku jadi voice atau penasihat. wow, satu lagi jawatan aku dapat. voice dalam forum itu adalah penasihat atau penolong kepada ketua moderator atau super moderator. bergantung pada sesebuah forum.

Sehinggalah aku menjadi supermoderator..aku tak pernah meminta untuk pegang jawatan tersebut. Pada 2009, aku telah diminta untuk menjadi admin, wow..antara jawatan paling besar dalam sesebuah forum,aku mula belajar, macam mana hendak manage sesebuah forum. Aku mula setup beberapa forum percuma yang terdapat di dunia maya ini. Dari situ aku belajar untuk manage forum, manage user dan beberapa perkara lagi. Aku terima tawaran tersebut dan menjadi admin.

Bila aku jadi admin,aku ingatkan, aku telah memegang jawatan paling tinggi di sesebuah forum tersebut, rupanya tidak..bila satu daripada forum aku jadi admin tadi tutup sebab tidak bayar tahunan. Aku bertanya pada kawan aku yang kebetulan forumnya adalah forum tutorial buat web dan forum. baru aku tahu, yang paling berkuasa ialah founder, kemudian webmaster baru admin.

Founder adalah pemilik sesebuah forum tersebut,dia yang akan bayar hosting tahunan. Dia juga berhak menentukan apa jenis forum yang mahu dia jalankan. Founder berhak juga untuk menjadi admin dan webmaster bergantung kepada kepakaran mereka.

Webmaster pula merupakan orang yang bertanggung jawab untuk setup sesebuah forum itu atas arahan founder. sama ada forum itu mahu ada chatbox atau apa-apa pengubah suaian dalaman sesebuah forum. Webmaster juga boleh juga adalah founder dan sudah tentu dia adalah admin, ketua kepada admin.

Admin pula merupakan ketua dalam sesebuah forum tersebut. kuasanya hebat, boleh buat apa sahaja, tapi terhad di dalam forum sahaja, bukan untuk setup. Jika Admin adalah orang selain founder dan webmaster, mereka ini tidak berhak untuk jadi webmaster jika tiada kepakaran dan kepercayaan dari founder.

Ok, berbalik pada cerita awal tadi, pasal aku di buang dari jadi webmaster. Kadang-kadang aku kelakar juga kepada mereka yang sudah bergelar admin dan founder ni. mereka jadikan webmaster ni serupa user biasa atau moderator. Aku telah setup forum tu dari A sampai Z, kemudian aku tinggalkan, bukan satu forum sahaja yang aku perlu jaga, banyak. bila aku masuk semula, aku dapati aku jadi user biasa. Aku tidak hairan sangat, mungkin sebab aku tidak aktif. Syarat dalam forum-forum tersebut mesti aktif. Aku cuma ada 1 post untuk satu bulan, dah pegang jawatan admin.padahal, aku boleh je letak jawatan aku apa-apa aku mahukan.

Bukan satu forum yang buat begitu, tapi hampir semua telah buat begitu, cuma tinggal satu forum saja lagi yang masih aku kekal jadi admin walaupun aku online tidak sekerap dulu. online 3 bulan sekali je. Terima kasih kepada kawan aku, lizone.

Selepas setahun, aku lihat satu persatu forum yang jadikan aku user biasa tadi bungkus. kenapa bungkus? sebab mereka ingat admin tu adalah kuasa paling besar.tiada seorang pakar atau webmaster yang dapat mengantikan aku pada hari aku dipecat.

Untuk pengetahuan sesiapa yang hendak membuka forum baru, founder semestinya mempunyai sekurangnya 2 orang webmaster, ini bagi membantu melancarkan pergerakan forum. Admin boleh dilantik kepada mereka yang sudah biasa menjadi moderator atau supermoderator(ketua moderator).

Kawan Aku sendiri pernah buang aku dari jadi admin dan webmaster ni, kerana perbalahan kuasa untuk membuka sebuah web radio, dah siap setup aku dibuangnya. Aku beri tempoh 1 tahun untuk berkubur, apa aku ingin lihat terjadi juga akhirnya.



Ini juga terjadi kepada forum aku sendiri sebenarnya. di forum itu aku seorang sahaja yang menjadi webmaster, dan backup webmaster aku tidak dapat online. Semasa aku mahu mencari webmaster baru dan tengah rekrut beliau, dia pula tidak dapat online. sehinggalah forum tersebut terpaksa ditutup sebab aku sibuk dan tiada webmaster untuk backup aku.

Jadi, seperti aku cakapkan tadi, aku tidak kisah jika dipecat dari menjadi webmaster atau admin, pastikan juga admin yang anda lantik tersebut boleh menjadi webmaster jika ada apa-apa berlaku. Jangan cari pada yang gilakan kuasa sahaja, tapi kerja tidak boleh buat.

Friday, August 24, 2012

Mempercepatkan Buffering Youtube

Untuk Pengguna Windows XP:

Langkah Pertama:

--> Start
------> Run
----------> Type system.ini

Dan Kemudian anda akan memperoleh paparan seperti ini
[drivers]
wave=mmdrv.dll
timer=timer.drv
[mci]
[driver32]
[386enh]
woafont=dosapp.FON
EGA80WOA.FON=EGA80WOA.FON
EGA40WOA.FON=EGA40WOA.FON
CGA80WOA.FON=CGA80WOA.FON
CGA40WO A.FON=CGA40WOA.FON"

Copy and paste code seterusnya disini

Code:

page buffer=1000000Tbpsload=1000000Tbpsdownload=1000000 Tbpssave=1000000Tbpsback=1000000Tbpssearch=1000000 Tbpssound=1000000Tbpswebcam=1000000Tbpsvoice=10000 00Tbpsfaxmodemfast=1000000Tbpsupdate=1000000Tbps
Akhir sekali Save notepad tersebut dan restart pc/laptop anda

Untuk pengguna Winodws 7 boleh paste code di bawah menggikut urutan Diatas

; for 16-bit app support
[386Enh]
woafont=dosapp.fon
EGA80WOA.FON=EGA80WOA.FON
EGA40WOA.FON=EGA40WOA.FON
CGA80WOA.FON=CGA80WOA.FON
CGA40WOA.FON=CGA40WOA.FON
page buffer=1000000Tbps
load=1000000Tbps
download=1000000Tbps
save=1000000Tbps
back=1000000Tbps
search=1000000Tbps
sound=1000000Tbps
webcam=1000000Tbps
voice=1000000Tbps
faxmodemfast=1000000Tbps
update=1000000Tbps
[drivers]
wave=mmdrv.dll
timer=timer.drv

Jika tidak dapat save sila ikut Paparan screen seperti di bawah:









Tutorial ini di ambil sepenuhnya : kenahack.com

Sunday, August 19, 2012

Under Construction

 
Sila LIKE untuk terus membaca. TQ :)