Saturday, November 10, 2012

Cara-cara untuk mengatasi "SPAM"

Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki. Bentuk spam yang paling terkenal ialah spam e-mel.

Beberapa jenis spam adalah: Spam e-mel Spam chat Spam forum Spam SMS.  Sesetengah orang pula menyatakan yang "spam" adalah singkatan untuk Stupid Pointless Annoying Message, dari segi bahasa melayu adalah 'Pesanan yang Bodoh, Tidak munasabah, dan Menjengkelkan'. Walau bagaimanapun, kepanjangan ini adalah bukan sesuatu yang piawai kerana terdapat banyak lagi kepanjangan yang digunakan oleh para pengguna internet untuk merujuk kepada spam.


Kehadiran "SPAM" di laman web anda bukan sahaja merendahkan kredibiliti laman anda sebaliknya menunjukkan bahawa anda sebagai seorang pengurus laman web tidak peka dan kurang mengambil berat mengenainya.


Cara-cara untuk menghalang "SPAMMERS"




1. Wujudkan pendaftaran pengguna

Kebanyakan laman web pada masa sekarang dilengkapkan dengan proses pendaftaran pengguna sebelum paparan maklumat dibenarkan untuk dilihat. Dengan mewujudkan proses pendaftaran, kita dapat mengawal sepenuhnya kandungan untuk setiap maklumat yang bakal dihantar.



2. Aplikasi CAPTCHA

Ini adalah antara yang paling popular dan paling berkesan. CAPTCHA merupakan elemen tambahan yang memaparkan huruf-huruf pengesahan yang perlu diisi dengan tepat sebelum setiap kandungan yang dihantar akan diproses. Keberkesanan CAPTCHA sehingga kini memang tidak dapat dinafikan. Antara yang paling kerap digunakan adalah penghasilan huruf-huruf pengesahan dalam bentuk gambar. Oleh kerana hanya manusia sahaja yang dapat membaca huruf-huruf dalam bentuk gambar dan tidak "spambot", teknik ini begitu berjaya mengendalikan dengan baik.


Yang paling saya cadangkan, adalah tukarkan CAPTCHA yang berbentuk gambar kepada cabaran persoalan matematik. Persoalan matematik biasanya sukar untuk diatasi oleh "spambot" kerana setiap persoalannya akan sentiasa ditukar dan proses penghitungan dengan tepat hanya boleh dilakukan oleh manusia dan tidak "spambot".


3. Halang penghantaran pautan
Dua langkah di atas memang menjadi dan khas untuk pengguna berdaftar. Untuk pelawat biasa yang mana laman web yang mewujudkan kebolehan untuk menghantar komen secara bebas tanpa perlu mendaftar boleh menggunakan teknik ini untuk menjaga kandungan laman web. Kebiasannya "spambot" akan cuba untuk menghantar komen dengan memasukkan pautan-pautan ke laman web tertentu.

Oleh itu, dengan mewujudkan satu tapisan sebelum kandungan tersebut dipaparkan, iaitu dengan menghalang sebarang penghantaran pautan dalam komen atau kandungan menyebabkan aktiviti "spambot" ini akan terhalang.


4. Penukaran penulisan emel

Sesetengah laman web memaparkan alamat email pengguna secara terbuka. Sebenarnya teknik ini tidak disarankan kerana perisian tertentu mampu untuk mendapatkan alamat email setelah diprogramkan dan akan menghantar email-email pengiklanan terhadap email tersebut. Ini akan menyusahkan pihak pengguna.

Oleh itu, wujudkan satu penukaran atau penulisan semula bentuk email daripada yang asal. Antara contohnya dengan penukaran "." kepada penulisan seperti "[dot]" yang mana sebagai contoh "namaanda@yahoo.com" akan menjadi "namaanda@yahoo[dot]com". Penulisan semula ini tidak mampu untuk dibaca oleh perisian dan beranggapan ia adalah teks biasa dan bukan alamat email.

Sumber

Tajuk akan datang: 7 Panduan membuat laman web yang bagus
Category: Web/Blog
Intro: Sekarang sudah begitu ramai yang mampu untuk membina laman web sama ada persendirian, perniagaan, portal mahupun komuniti. Tetapi masih ramai juga yang mencari-cari panduan dalam menghasilkan satu laman web yang memenuhi ciri-ciri laman web terbaik.

Untuk panduan seterusnya,nantikan di fazmystutorial


0 comments:

Post a Comment

 
Sila LIKE untuk terus membaca. TQ :)