salam...
sya nk mintk tnjuk ajar kt otai...mcm mana sy nk buat satu forum.. softwere apa yg perlu sy guna pakai..untuk membuat satu forum...harap otai sudi membntu sy....TQ
Ahakz,soalan yang biasa aku dapat kalau ada seseorang tu nak mintak tolong aku buat portal terutama forum komuniti.
Bila aku dah setuju buat, satu pujian melambung akan diberikan bila dah siap setup (jika dibuat dengan percuma). Dah lebih dari 8-10 forum yang aku setup sepanjang 2010-2012. Itu bila aku aktif, bila aku tidak aktif,aku dicampak merata..hahaha..Tapi, korang perlu ingat, ada perbezaan antara founder, webmaster, admin. Founder tidak semestinya boleh jadi admin, admin tidak semesting boleh jadi founder, begitu juga dengan webmaster.
Ok,aku ceritakan dulu macam mana aku boleh terjebak sampai aku boleh jadi webmaster tidak bertauliah.
Aku mula berkecimpung dengan dunia berforum ni dengan secara tidak sengaja pada tahun 2005. Aku pun tidak tahu apa itu forum, sebab masa tu yang popular adalah myspace,friendster,ekawan dan MiRC saja.
Aku aktif berforum semasa aku sedang search di google mencari satu video klip, terus ke satu forum ni. nak masuk kena register di situ. Aku mula berminat dengan forum tersebut kerana ianya lain dari yang lain. Maksud aku, aku tak pernah berforum, cuma Myspace dan friendster saja. bila satu cara berkomunikasi yang secara tersusun di sediakan, aku mula berminat.
Dari forum tu aku belajar, macam mana nak post gambar, macam mana nak edit post sendiri dan di mana aku nak post sesuatu entri. Aku bersama forum tersebut sampai sekarang, bersama user sama, walaupun forum itu sudah lama, dan user2 mereka juga sudah veteren, forum mereka juga sudah di zaman2 pudar.
setiap tahun, di forum itu akan ada anugerah untuk forum tersebut, contoh user harapan, user paling glemer dan banyak lagi. Aku pernah masuk dalam user baru terbaik dan user harapan serta beberapa lagi. Aku memenangi dua kategori tersebut dan sehingga satu hari aku dilantik menjadi moderator.
WoW! jadi moderator, sapa nak lepas peluang untuk jadi antara orang yang berkuasa. Sehingga forum tu berpecah kepada dua kumpulan akibat masalah dalaman. Aku adalah orang tengah tidak memilih mana2 geng, telah daftar kedua-dua forum tersebut. dalam forum geng pertama, aku menjadi moderator, dalam forum kedua,aku jadi voice atau penasihat. wow, satu lagi jawatan aku dapat. voice dalam forum itu adalah penasihat atau penolong kepada ketua moderator atau super moderator. bergantung pada sesebuah forum.
Sehinggalah aku menjadi supermoderator..aku tak pernah meminta untuk pegang jawatan tersebut. Pada 2009, aku telah diminta untuk menjadi admin, wow..antara jawatan paling besar dalam sesebuah forum,aku mula belajar, macam mana hendak manage sesebuah forum. Aku mula setup beberapa forum percuma yang terdapat di dunia maya ini. Dari situ aku belajar untuk manage forum, manage user dan beberapa perkara lagi. Aku terima tawaran tersebut dan menjadi admin.
Bila aku jadi admin,aku ingatkan, aku telah memegang jawatan paling tinggi di sesebuah forum tersebut, rupanya tidak..bila satu daripada forum aku jadi admin tadi tutup sebab tidak bayar tahunan. Aku bertanya pada kawan aku yang kebetulan forumnya adalah forum tutorial buat web dan forum. baru aku tahu, yang paling berkuasa ialah founder, kemudian webmaster baru admin.
Founder adalah pemilik sesebuah forum tersebut,dia yang akan bayar hosting tahunan. Dia juga berhak menentukan apa jenis forum yang mahu dia jalankan. Founder berhak juga untuk menjadi admin dan webmaster bergantung kepada kepakaran mereka.
Webmaster pula merupakan orang yang bertanggung jawab untuk setup sesebuah forum itu atas arahan founder. sama ada forum itu mahu ada chatbox atau apa-apa pengubah suaian dalaman sesebuah forum. Webmaster juga boleh juga adalah founder dan sudah tentu dia adalah admin, ketua kepada admin.
Admin pula merupakan ketua dalam sesebuah forum tersebut. kuasanya hebat, boleh buat apa sahaja, tapi terhad di dalam forum sahaja, bukan untuk setup. Jika Admin adalah orang selain founder dan webmaster, mereka ini tidak berhak untuk jadi webmaster jika tiada kepakaran dan kepercayaan dari founder.
Ok, berbalik pada cerita awal tadi, pasal aku di buang dari jadi webmaster. Kadang-kadang aku kelakar juga kepada mereka yang sudah bergelar admin dan founder ni. mereka jadikan webmaster ni serupa user biasa atau moderator. Aku telah setup forum tu dari A sampai Z, kemudian aku tinggalkan, bukan satu forum sahaja yang aku perlu jaga, banyak. bila aku masuk semula, aku dapati aku jadi user biasa. Aku tidak hairan sangat, mungkin sebab aku tidak aktif. Syarat dalam forum-forum tersebut mesti aktif. Aku cuma ada 1 post untuk satu bulan, dah pegang jawatan admin.padahal, aku boleh je letak jawatan aku apa-apa aku mahukan.
Bukan satu forum yang buat begitu, tapi hampir semua telah buat begitu, cuma tinggal satu forum saja lagi yang masih aku kekal jadi admin walaupun aku online tidak sekerap dulu. online 3 bulan sekali je. Terima kasih kepada kawan aku, lizone.
Selepas setahun, aku lihat satu persatu forum yang jadikan aku user biasa tadi bungkus. kenapa bungkus? sebab mereka ingat admin tu adalah kuasa paling besar.tiada seorang pakar atau webmaster yang dapat mengantikan aku pada hari aku dipecat.
Untuk pengetahuan sesiapa yang hendak membuka forum baru, founder semestinya mempunyai sekurangnya 2 orang webmaster, ini bagi membantu melancarkan pergerakan forum. Admin boleh dilantik kepada mereka yang sudah biasa menjadi moderator atau supermoderator(ketua moderator).
Kawan Aku sendiri pernah buang aku dari jadi admin dan webmaster ni, kerana perbalahan kuasa untuk membuka sebuah web radio, dah siap setup aku dibuangnya. Aku beri tempoh 1 tahun untuk berkubur, apa aku ingin lihat terjadi juga akhirnya.
Ini juga terjadi kepada forum aku sendiri sebenarnya. di forum itu aku seorang sahaja yang menjadi webmaster, dan backup webmaster aku tidak dapat online. Semasa aku mahu mencari webmaster baru dan tengah rekrut beliau, dia pula tidak dapat online. sehinggalah forum tersebut terpaksa ditutup sebab aku sibuk dan tiada webmaster untuk backup aku.